Ajal & Maut tu memang x dapat kita halang..siapa sangka, elok2 je tgk arwah Din Beramboi dalam Raja Lawak aritu, dalam sekejap masa je dia sakit dan terus pergi mengadapNya....:-(

Perginya Arwah Din Beramboi semalam amat lah menyedihkan...Takziah diucapkan kepada keluarga arwah..semoga isteri dan anak2nya tabah menghadapi dugaan ini..Al-Fatihah....:-(
semenjak bersendirian membesaqkan anak2 ni, sy sgt sensitif bab2 ajal maut ni sebab sy selalu risau andai ditakdirkan nyawa sy di ambil Allah, apa lah agaknya nasib anak2 sy tanpa sy...siapa yg akan membesaqkan mereka, elok ke layanan org terhadap mereka..cukup ke makan pakai mereka dua beradik....semua tu buat saya sgt sedih andai nya sy pergi awal..Dugaan hidup mereka amat pedih di umur2 kecik ni lagi..jgn la mintaknya Allah duga pula mereka dgn kehilangan saya..saya x tau mereka mampu menghadapinya atau tidak sekiranya sy x ada disisi mereka disaat2 mereka memerlukan kasih mama mrk ni..Semoga Allah panjangkan umur saya utk membesarkan mereaka sehinggalah mereka benar2 mampu hidup sendiri dan dah berjaya mencapai cita2 mereka...:-(

Ya Allah.....Kau panjangkan lah umur ku, supaya dapat aku membesarkan anak2 ku Nur Alyssa Fitri Binti Mohamad Fauzi dan Muhamad Luqman Al Hakim Bin Mohamad Fauzi, sehingga lah mereka dewasa, berkerjaya dan berjaya dalam hidup mereka dan tau membawa diri ke arah jalan yg di redhai oleh mu Ya Allah...Panjangkan lah umur ku...:-(